PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN). Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa menegaskan beliau masih mempunyai sokongan majoriti daripada anggota parlimen seperti yang didakwa pada Sept lalu.
Dipetik wawancara bersama Malaysia Gazette minggu lalu, Anwar berkata, tidak munasabah sekiranya beliau membuat dakwaan itu dan menggunakan ruang menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
'Proses ini berjalan. Tak munasabah saya gunakan ruang hadap agong dalam keadaan saya tidak yakin dengan jumlah itu tapi dengan ikhsan dan kebijaksanaan agong tangguhkan untuk pastikan beberapa pertimbangan.
"Jadi saya hormat dan insya-Alllah akan dapat diuruskan dalam masa terdekat.
"Keduanya, saya datang dengan program, dengan agenda. Negara ini ada keupayaan untuk diangkat sebagai negara hebat dan dari segi eknominya, sosialnya, banteras rasuah, pembaziran keanggguhan kuasa.
"Banyak kesilapan lalu ya, tapi kita maju ke tahap ini kerana kita tahu tentang masalah derita rakyat," katanya.
Sementara itu, dalam wawancara serupa Anwar menjelaskan mengapa beliau dilihat tidak lagi mahu meneruskan kerjasama dengan bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohammad.
Anwar tanpa berselindung mengakui beliau rasa dikhianati bekas perdana menteri itu.
"Saya 2016, dia datang, saya oklah. Terus, lupakanlah, kita sambung, selamatkan negara, kerana rasakan sakit hati, tersingggung, tercuit ada sebagai manusia.
"Tapi kepentingan negara mengatasi. Tapi ulang, ulang, ulang konspirasi dan khianat tak bolehlah. Jadi saya sekarang tak apalah, biarlah, teruslah, jadi saya jalan ikut jalan sayalah," katanya lagi.
Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, setelah berseteru selama 20 tahun, Dr Mahathir bertemu dan berdamai dengan bekas timbalannya itu.
Anwar rasa dikhianati |
Mahathir secara terbuka berkata dia akan menyerahkan kuasa kepada Anwar namun akhirnya didedahkan bahawa dia tidak pernah mahu melihat Anwar menggantikannya sebagai perdana menteri.
BACA: Tun M mahu halang HARAPAN kembali berkuasa - Shamsul
Dalam wawancara bersama The Malaysian Insight baru-baru ini, Mahathir berkata bekas timbalannya itu tidak mampu mengemudi negara jika berlakunya krisis kewangan, dengan menyorot krisis ekonomi pada 1997 sebagai contoh.
Bagaimanapun, Anwar ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan pada era 90-an disifatkan antarabangsa sebagai menteri kewangan terbaik.
Pada tahun 1993 Anwar mendapat pengiktirafan dari Euro Money Magazine sebagai Menteri Kewangan terbaik dunia, manakala pada 1996 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Asia Money Magazine sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia.
Pada tahun 1998 Anwar Ibrahim, sebagai Menteri Kewangan Malaysia pertama mendapat pengiktirafan dari Asia Weeks Magazine sebagai ‘ The Asian of the year.’
Selama 8 tahun berturut-turut, Anwar berjaya membawa pertumbuhan ( Growth ) Ekonomi Malaysia berada pada kadar 7- 9 %.
0 Comments