MetMalaysia keluar amaran ribut tropika


JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika, Vamco.

Dalam kenyataannya semalam, MetMalaysia memaklumkan jarak dari bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu kira-kira 1,390 kilometer (km) ke Timur Laut Tumpat, Kelantan.

Ia dijangka mampu menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan

"Berdasarkan pencerapan pada 8 malam ini, kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 315 km ke Barat Laut Danang, Vietnam dan bergerak ke arah Barat Barat Laut dengan kelajuan 15 kilometer sejam (km/j).

Kelajuan angin boleh mencapai 65 km/j


"Kelajuan angin ribut tropika itu boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 65 km/j," kata MetMalaysia.

Post a Comment

0 Comments