AHLI Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim memberi amaran kepada Perikatan Nasional (PN) bahawa mereka tidak boleh mengharapkan sokongan sekiranya Belanjawan 2021 tidak dipinda.
Katanya, semua anggota parlimen telah mengangkat sumpah untuk melindungi kepentingan awam dan Perlembagaan Persekutuan, justeru mereka mesti menjalankan tugas meneliti belanjawan.
"Ini bukan bermaksud semua (dalam RUU belanjawan) buruk. Yang baik, kita sokong. Yang buruk itu kita halusi. Perlu ada yang dipinda, ada penjajaran yang baru, ada ubah suai yg baru," katanya dipetik laporan akhbar milik parti itu.
Tambahnya, Belanjawan 2021 diumumkan menteri kewangan, Tengku Zafrul Aziz pada 5 November lalu merupakan yang terbesar pernah dibentangkan dan lebih banyak peluang untuk kebocoran yang harus ditangani kerana dana yang akan dibelanjakan dalam belanjawan tersebut merupakan hak rakyat.
"Jadi kita tidak akan bagi 'blank cheque' ('cek kosong'), dari awal-awal kita kata akan sokong. Ini sokong bawa rebah kepada rakyat dan negara. Kita nak teliti apa yang kita nak sokong.
"...demokrasi parlimen ini kedaulatan dan kuasa daripada rakyat. tak perlu ada undue influence (pengaruh untuk melarang dari membuat keputusan sendiri). Kita mesti percaya kepada ahli-ahli parlimen.
"Jadi kita sayang kepada institusi raja kita. Dan saya sebagai ahli parlimen maknanya saya hendak mempertahankan kedua-duanya, institusi raja dan institusi rakyat melalui ahli parlimen yang dipilih ini dipelihara di bawah Perlembagaan Persekutuan kita," katanya lagi.
Ahli Parlimen Port Dickson, yang juga ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, semasa ucapan mengenai belanjawan, telah memberi amaran bahawa Belanjawan 2021 - yang menurutnya bukan "belanjawan Covid-19" - mungkin tidak mendapat sokongan penuh.
Ahli jawatankuasa pusat DAP dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad, juga menyatakan bahawa parti mereka tidak akan memberikan sokongan tanpa pindaan dibuat.
Katanya, semua anggota parlimen telah mengangkat sumpah untuk melindungi kepentingan awam dan Perlembagaan Persekutuan, justeru mereka mesti menjalankan tugas meneliti belanjawan.
"Ini bukan bermaksud semua (dalam RUU belanjawan) buruk. Yang baik, kita sokong. Yang buruk itu kita halusi. Perlu ada yang dipinda, ada penjajaran yang baru, ada ubah suai yg baru," katanya dipetik laporan akhbar milik parti itu.
Tambahnya, Belanjawan 2021 diumumkan menteri kewangan, Tengku Zafrul Aziz pada 5 November lalu merupakan yang terbesar pernah dibentangkan dan lebih banyak peluang untuk kebocoran yang harus ditangani kerana dana yang akan dibelanjakan dalam belanjawan tersebut merupakan hak rakyat.
"Jadi kita tidak akan bagi 'blank cheque' ('cek kosong'), dari awal-awal kita kata akan sokong. Ini sokong bawa rebah kepada rakyat dan negara. Kita nak teliti apa yang kita nak sokong.
"...demokrasi parlimen ini kedaulatan dan kuasa daripada rakyat. tak perlu ada undue influence (pengaruh untuk melarang dari membuat keputusan sendiri). Kita mesti percaya kepada ahli-ahli parlimen.
"Jadi kita sayang kepada institusi raja kita. Dan saya sebagai ahli parlimen maknanya saya hendak mempertahankan kedua-duanya, institusi raja dan institusi rakyat melalui ahli parlimen yang dipilih ini dipelihara di bawah Perlembagaan Persekutuan kita," katanya lagi.
Ahli parlimen akan pertahan hak rakyat |

0 Comments