Pekerja kontrak premis kerajaan mahu pembelaan


PUTRAJAYA
digesa melakukan sesuatu bagi membela nasib pekerja kontrak dalam sektor melibatkan kerajaan.

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) ketika membuat gesaan itu menuntut supaya kerajaan menyerap mereka yang bekerja secara kontrak di premis kerajaan sebagai pekerja tetap.

Setiausaha jaringan itu, Sivaranjani Manickam pada sidang media Pelancaran Kempen Hapus Sistem Kontrak di Facebook JPKK berkata, menjadi harapan mereka supaya pekerja kontrak seperti pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan di sekolah atau hospital dapat diserapkan sebagai pekerja tetap.

“Kami harap kerajaan dapat mengurangkan pembaziran dan tingkatkan kecekapan pentadbiran,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Perusahaan Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan (PSHK) Danaletchimi Langaswaran pula berkata, sistem kontrak sedia ada sangat tidak adil kepada pekerja kontrak.

“Faedah pekerja kontrak yang sudah bekerja selama 20 tahun, sama sahaja dengan faedah yang diperoleh pekerja tetap baharu,” katanya.

Tambah Langaswaran, kerajaan diharap dapat mengiktiraf pekerja pembersihan sebagai “frontliners” supaya mereka layak mendapat bantuan diperuntukkan dalam Belanjawan 2021.

Koordinator JPKK Johor Yusni Mahnyok juga menyokong saranan agar nasib golongan itu diangkat.

Mahu peranan mereka diiktiraf
Yusni yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata pekerja kontrak juga seolah-olah tidak mempunyai hak untuk bersuara walaupun sudah lama bekerja.

Post a Comment

0 Comments