KOMPOSER dangdut popular era 1990-an, Ruslan Mamat, 59, dilapor meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Serdang semalam.
Dipetik laporan BH online, isterinya, Rahmah Ismail berkata, Allahyarham meninggal dalam tidur akibat masalah jantung. Bagaimanapun, arwah juga mengalami masalah paru-paru.
"Arwah suami dimasukkan ke Hospital Serdang, dua minggu lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Sepanjang tempoh rawatan, keadaan kesihatannya tidak begitu membimbangkan. Arwah masih boleh berjalan-jalan dan bukanlah hanya terlantar atas katil.
"Cuma, arwah tidak lalu makan sejak semalam. Doktor mengesahkan kematiannya akibat serangan jantung, memandangkan meninggal dunia dalam keadaan sedang tidur," katanya dipetik laporan itu.
Rahmah berkata, pemergiannya sangat mengejutkan kerana arwah tidak langsung menunjukkan sebarang perubahan sikap sebelum ini.
Jenazah Allahyarham Ruslan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana, Selangor, jam 11 pagi tadi dengan dihadiri ahli keluarga dan penggiat seni.
Sepanjang pembabitannya dalam bidang muzik, Allahyarham menjadi antara komposer yang aktif dalam memartabatkan muzik dangdut dan menaikkan nama penyanyi dalam genre itu seperti Amelina, Mas Idayu, Haiza, Ifa Raziah, Sheeda, dan ramai lagi.
Allahyarham pernah bertugas sebagai wartawan di beberapa percetakan akhbar tempatan.
Antara lagu ciptaannya yang popular termasuklah Asyik, Bulan Cinta, Dag Dig Dug dan Angkat Kaki.
Beliau meninggalkan seorang balu, empat cahaya mata dan tiga cucu.
Dipetik laporan BH online, isterinya, Rahmah Ismail berkata, Allahyarham meninggal dalam tidur akibat masalah jantung. Bagaimanapun, arwah juga mengalami masalah paru-paru.
"Arwah suami dimasukkan ke Hospital Serdang, dua minggu lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Sepanjang tempoh rawatan, keadaan kesihatannya tidak begitu membimbangkan. Arwah masih boleh berjalan-jalan dan bukanlah hanya terlantar atas katil.
"Cuma, arwah tidak lalu makan sejak semalam. Doktor mengesahkan kematiannya akibat serangan jantung, memandangkan meninggal dunia dalam keadaan sedang tidur," katanya dipetik laporan itu.
Rahmah berkata, pemergiannya sangat mengejutkan kerana arwah tidak langsung menunjukkan sebarang perubahan sikap sebelum ini.
Jenazah Allahyarham Ruslan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana, Selangor, jam 11 pagi tadi dengan dihadiri ahli keluarga dan penggiat seni.
Ruslan meninggal dunia pada usia 59 tahun |

0 Comments