Muhyiddin belum selamat, kata penganalisis


PENGANALISIS
politik berkata, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin belum selamat walaupun Belanjawan 2021 telah diluluskan di peringkat dasar semalam.

Azmi Hassan, bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia yang dipetik laporan FMT berkata walaupun ramai yang melihat kelulusan itu sebagai undi percaya terhadap Muhyiddin, belanjawan itu masih boleh ditolak dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa, yang akan menyaksikan ahli Parlimen menyasarkan butiran cadangan itu.

Beliau berkata, kelulusan di peringkat dasar hanya menunjukkan sokongan untuk Muhyiddin dari segi belanjawan dan bukan sebagai perdana menteri secara keseluruhan.

“Muhyiddin belum terlepas daripada bahaya lagi.

“Saya tidak menganggap sokongan pad)a RUU itu (Rang Undang-undang Perbekalan 2021) sama dengan sokongan untuk Muhyiddin sebagai perdana menteri (secara keseluruhan)," tegasnya.

Semalam Dewan rakyat meluluskan Belanjawan sulung dikemuka pentadbiran Muhyiddin melalui undi suara.

Tindakan pembangkang tidak meminta supaya undia secara belah bahagi dijalankan dikritik warganet, terutama yang mahu melihat pentadbiran Muhyiddin ditamatkan.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam penjelasnnya berkata, tindakan untuk tidak meminta undi belah bahagi diputuskan bagi memastikan pihaknya tidak dilihat menolak beberapa insentif baru yang memberi manfaat kepada rakyat sehingga menyebabkan mereka terbeban dengan persepsi buruk.

Muhyiddin akan hadapi lebih banyak tekanan
Bagaimanapun tegas Anwar, undi belah bahagi akan diusulkan semasa peringkat jawatankuasa di setiap kementerian dimana menteri terbabit perlu menjawab lebih banyak persoalan kewangan yang bakal timbul kelak.

Sementara itu, Mohd Izani Mohd Zain dari Universiti Putra Malaysia ketika mengulas lanjut pandangan Azmi berkata, beliau melihat walaupun Belanjawan itu diluluskan di peringkat dasar, Muhyiddin akan terus menghadapi tekanan politik.

Post a Comment

0 Comments