Menang tumpang logo orang, Armada jangan 'syok sendiri' - AMK


KETUA
Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal diingatkan agar membuat 'ulang kaji' sebelum membuat kenyataan 'syok sendiri'.

Gesaan itu dibuat Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor susulan kenyataan timbalan menteri itu dengan bangganya membuat kenyataan Bersatu telah melahirkan dua orang Perdana Menteri walau usia parti tersebut baharu setahun jagung.

Pengarah Komunikasi AMK Selangor, Mohd Khairool Ngadon menegaskan bahawa Bersatu yang diketuai Muhyiddin sebenarnya tidak mampu berdiri atas kaki mereka sendiri melainkan dengan ihsan pihak lain.

"Tun Dr Mahathir Mohamad diangkat menjadi Perdana Menteri atas pengorbanan Parti KEADILAN, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14), Presiden KEADILAN ketika itu ditawarkan jawatan Perdana Menteri oleh Yang di Pertuan Agong  menolak tawaran tersebut atas prinsip berpegang kepada janji konsesus HARAPAN pada Januari 2018 untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Dr Mahathir.

"Tan Sri Muhyidin Yasin pula dipilih sebagai Perdana Menteri atas rundingan pintu belakang bersama parti-parti yang kalah pada PRU14. Ini kenyataan," kata Khairool dalam satu kenyataan.

Wan Ahmad Fayhsal ketika menyampaikan ucapan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu  yang berlangsung pada Sabtu menzahirkan rasa bangga apabila parti itu berjaya melahirkan dua Perdana Menteri meskipun mereka baharu berusia setahun jagung.

Bagaimanapun, Khairool berkata, Ketua Armada Bersatu itu perlu muhasabah diri dan belajar menghormati pengorbanan orang lain.

"Armada perlu sedar parti mereka bagaikan telur di hujung tanduk dan jika dijentik boleh jatuh terhempas dan berkecai.

AMK bidas kenyataan bongkak Armada
"Pesanan terakhir buat Armada Bersatu, sila muhasabah diri. Menang pun atas dasar tumpang logo parti orang lain. PRU14 menjadi gambaran jelas Bersatu tamak mahu 51 kerusi tapi hanya menang 13 kerusi sahaja," katanya.

Post a Comment

0 Comments