PELUMBA pasukan Haas, Romain Grosjean terlepas dari maut apabila terselamat dalam kemalangan ngeri di GP Bahrain semalam.
Sebaik perlumbaan bermula semalam, jentera pelumba itu hilang kawalan ketika sedang bersaing memasuki selekoh lalu merempuh tembok litar sebelum terputus dua dan terbakar.
Nasib memihak kepadanya apabila Grosjean berjaya keluar daripada jentera yang terbakar sebelum memanjat penghadang litar untuk menjauhkan diri daripada kenderaan berkenaan.
Kemalangan itu disifatkan sebagai antara paling dramatik dan bahaya dalam sejarah Formula 1.
Susulan kejadian itu, perlumbaan dihentikan serta-merta dan pihak penganjur segera menutup rakaman kamera siaran langsung.
Sementara itu, menurut pengurusan pasukan Haas, Grosjean mengalami kecederaan ringan melecur pada bahagian tangan dan pergelangan kaki.
Beliau dilaporkan dalam keadaan yang baik selepas mendapatkan rawatan dengan pasukan perubatan di unit kecemasan.
Grosjean yang muncul melalui satu rakaman video selepas kejadian kemudian memberitahu bahawa dia berada dalam keadaan baik.
"Hello semua. saya cuma mahu memberi tahu bahawa saya ok, terima kasih atas semua ucapan," katanya dari pusat rawatan.
Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton ketika mengulas kejadian itu berkata, dia merasa bersyukur kerana kejadian itu tidak melibatkan kematian.
“Saya sangat bersyukur Romain selamat. risiko yang kita (pelumba F1) bukan perkara biasa, bagi anda di luar sana yang tidak tahu tentang risiko yang kami hadapi dalam industri sukan ini.
Grosjean berjaya menyelamatkan diri |
Juara dunia 1996 pula berkata,"Sangat ajaib Grosjean selamat."
"Kami belum pernah melihat perkara seperti itu sejak kemalangan Gerhard di Imola bertahun-tahun yang lalu." katanya merujuk kepada kemalangan hampir sama membabitkan pelumba Ferrari Gerhard Bergers pada 1989.
0 Comments