Azmin dianggap pembohong, ada cita-cita nak jadi PM


MENTERI
Kanan, Mohamed Azmin Ali disifatkan sebagai pembohong besar apabila mendakwa penubuhan Perikatan Nasional (PN) datang dari cetusan idea Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Jawatankuasa penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Salehudin Amiruddin dalam satu kenyataan sebaliknya mendedahkan Azmin mempunyai cita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri,

“Dangkal dan tak masuk akal Azmin kata idea tubuh PN untuk Tun Mahathir jadi PM,

“Yang bercita-cita besar untuk jadi PM (Perdana Menteri adalah Azmin,” tegasnya.

Azmin, yang kini dilantik sebagai Ketua Penerangan PN selepas menyertai Bersatu dipetik wawancara The Star sebagai berkata, penubuhan PN pada mulanya bertujuan untuk menjadikan Mahathir seorang PM yang disokong oleh semua ahli Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Gombak itu memberitahu satu akaun berkanun (SD) merangkumi 131 sokongan Ahli Parlimen daripada pelbagai parti disampaikan ke Istana Negara menamakan hanya Mahathir untuk jawatan PM.

SD yang disertai enam ketua parti politik itu muncul sebelum Mahathir meletakkan jawatan secara mengejut pada 23 Februari lalu.

Sementara itu menurut Salehuddin, ketika dia berada Di hotel Sheraton SD telah dikumpul tanpa pengetahuan Mahathir.

Mengukuhkan lagi dakwaan bahawa Azmin yang bercita-cita besar mahu menjadi PM, Salehudin berkata, hal itu terbukti semasa krisis Menteri Besar Selangor 2014.

“Dia (Azmin) sendiri menghantar namanya sebagai calon MB Selangor melalui pintu belakang.

“Sekali lagi terbukti dia juga menghantar namanya sebagai MB Selangor sejurus HARAPAN diisytihar menang di Selangor tanpa berunding dengan komponen HARAPAN negeri.

“Sekali lagi melalu pintu belakang Azmin minta Tun Mahathir lantik dia sebagai Timbalan Perdana Menteri PH.

“Tun Mahathir tolak kerana jawatan Timbalan Perdana Menteri telah dijanjikan kepada Wan Azizah,” jelasnya yang menganggap Azmin sebagai ahli politik yang penuh dengan nafsu serakah untuk berkuasa.

Azmin didakwa mahu jadi PM
Dalam masa sama, Salehudin berpendapat dakwaan Azmin itu berniat jahat dalam usaha untuk menghalang Muhyiddin melantik Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Dengan keadaan kesihatan Muhyiddin sekarang, sudah tentu cita-citanya untuk jadi PM akan tercapai,” tambahnya lagi.

Post a Comment

0 Comments