KOMPROMI yang dibuat Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam Belanjawan 2021 yang menyaksikan banyak pindaan dilakukan merupakan kemenangan untuk rakyat dan pembangkang, Kata DatukK Seri Anwar Ibrahim.
Menjawab kritik sebahagian pihak yang tidak berpuasa hati setelah undi itu tidak ditolak melalui undi belah bahagi, Pengerusi Pakatan Harapan itu mempersoal mengapa belanjawan itu perlu ditolak keseluruhan sekiranya kompromi telah dibuat bagi membantu mereka yang menyimpan wang di bank, nelayan, petani, penjawat awam, petugas barisan depan yang melawan Covid-19.
"Seminggu sebelum (pengundian), saya keluarkan kenyataan. Jika cadangan kami tidak dipenuhi, kami akan tolak Belanjawan 2021 secara keseluruhan.
"Apa yang berlaku ialah menteri kewangan membuat kompromi besar.
"Bagi saya, kita boleh dikatakan menang kerana banyak permintaan kita, termasuk yang dibuat ahli Parlimen kerajaan, telah diterima. Walaupun tidak sema, tetapi sebahagiannya," katanya dalam wawancara bersama portal The Vibes.
Tambah Presiden KEADILAN itu lagi, walaupun belanjawan itu telah diluluskan di peringkat dasar, namun masih ada halangan perlu dilalui sebelum belanjawan itu dapat dikatakan lulus secara keseluruhan.
Ia termasuk dengan menolak belanjawan itu di peringkat jawatankuasa yang masih memberi kesan sama dengan penolakan di peringkat dasar.
Untuk rekod, Anwar sebelum ini menjelaskan bahawa pihaknya memberi peluang untuk kementerian menjawab lebih banyak persoalan mengenai belanjawan pada peringkat jawatankuasa, malah bersedia meminta undi belah bahagi diadakan pada peringkat itu.
Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa HARAPAN tetap menentang belanjawan yang dibentangkan Perikatan Nasional (PN) atas sebab beberapa isu utama yang tidak dijawab, seperti perbelanjaan "tidak realistik".
15 Disember adalah pusingan terakhir |
Sementara itu tambah Anwar, kompromi yang dibuat juga telah menunjukkan pentadbiran Muhyiddin tidak bersedia berdepan Parlimen dengan belanjawan asal.
0 Comments