M.Daud Kilau masuk hospital


PENYANYI
veteran, Muhammad Daud Kilau atau lebih dikenali sebagai M Daud Kilau dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) petang semalam.

Memetik laporan Bernama, penyanyi berusia 82 tahun itu dikejarkan ke hospital berkenaan selepas mengadu sesak nafas.

Menurut anaknya Ahmad Zaini, bapanya sebelum itu dibawa ke Klinik Kesihatan Bagan Datuk untuk mendapatkan rawatan sebelum kembali sesak nafas semula pagi semalam.

"Kami membawanya ke klinik tetapi dihantar ke HTI dengan ambulans dan mendapatkan rawatan di unit kecemasan sebelum dipindahkan ke wad pada pukul 3.15 petang tadi (semalam).

M. Daud Kilau mengadu sesak nafas
"Keadaan ayah agak lemah namun stabil dan dia juga boleh bercakap," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Ahmad Zaini berharap orang ramai dapat mendoakan kesihatan ayahnya yang berdepan masalah kesihatan sejak empat tahun lepas.

Pelantun lagu Cek Mek Molek yang sering dirujuk sebagai Raja Gelek itu mempunyai penyakit kencing manis, tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang, selain keadaan jantung tidak stabil.
 

Post a Comment

0 Comments