AHLI PARLIMEN Bagan, Lim Guan Eng melahirkan rasa kesal atas kelakuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun yang mengancam mahu memanggil polis bagi membawa keluar Ahli Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, dari Dewan Rakyat.
Dalam satu sidang media di Parlimen petang tadi, bekas Menteri Kewangan itu menyifatkan tindakan Azhar itu “agak keras” walaupun Lip Eng akhirnya akur dengan arahan Azhar.
“Panggil polis adalah perkara yang tidak harus berlaku kerana ia mencemar dan mencabar keunggulan Parlimen. Sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan,” tegasnya.
Dewan Rakyat hari ini hangat kembali setelah beberapa Ahli Parlimen membangkitkan semula kenyataan Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing yang disifatkan menghina Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Lip Eng sebelumnya Azhar membuat keputusan baharu berkenaan komen King Sing dan mengatakan Azalina membuat keputusan “bodoh” kerana tidak minta Tiong menarik balik kenyataan menghina terhadap Dr Noor Hisham.
Dalam kekecohan itu, Azhar telah mengarahkan Lip Eng keluar Dewan Rakyat dan digantung 5 hari daripada sidang Parlimen.
“Kamu keluar sekarang. Anda keterlaluan, saya panggil polis. Setiausaha Dewan Rakyat, sila panggil polis. Saya ada kuasa untuk panggil polis,” kata Azhar dalam kekecohan itu.
Tindakan Speaker disifatkan 'agak keras' |
“Satu usul akan dibentangkan oleh Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer… Kita minta Bintulu menarik balik ungkapan, celaan dan penghinaan terhadap Noor Hisham,” katanya dipetik laporan FMT.
Sebelum ini, Azalina membenarkan King Sing yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke China menjelaskan komennya atau memohon maaf.
Bagaimanapun, King Sing enggan menarik semula kenyataan itu.
0 Comments