KONGRES Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendesak Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing memohon maaf susulan kenyataan “DG (Ketua Pengarah Kesihatan) takut mati”.
Presiden Cuepacs Adnan Mat menyifatkan kenyataan mempersoalkan Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah tidak turun padang untuk melihat sendiri situasi Covid-19 seperti dibangkitkan King Sing keterlaluan.
Kenyataan itu juga menurut mereka seolah-olah merendahkan pengorbanan penjawat awam yang bertungkus-lumus menyekat penularan Covid-19.
“Apatah lagi perbuatan merendah-rendahkan penjawat awam itu dilakukan di dalam Dewan Rakyat yang mulia.
"Kenyataan Yang Berhormat (YB) Bintulu adalah tidak wajar kerana tidak menyelidiki terlebih dahulu maklumat sebenar sebelum mengeluarkan komen yang agak keras kepada penjawat awam," katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Duta Khas Perdana Menteri ke China itu mendakwa Tan Sri Dr Noor Hisham 'takut mati', sehingga akhir perbahsan di Dewan Rakyat semalam, King Sing enggan menarik semula kenyataan yang dianggap memperkecilkan Ketua Pengarah Kesihatan itu.

Ceupacs selar kenyataan King Sing |
Tindakan King Sing mendapat kritikan dari warganet, beberapa Ahli Parlimen pembangkang menggesa supaya King Sing memohon maaf.
Sementara itu, Adnan berkata Tiong sepatutnya menggunakan saluran yang betul iaitu berjumpa sendiri dengan ketua pengarah atau menteri berkaitan untuk mengemukakan pendapat peribadi atau aduan diterimanya dan bukannya membuat serangan terbuka di Dewan Rakyat.
"Cuepacs berharap ia dibuat mengikut saluran yang betul kerana tidak adil untuk Ketua Pengarah Kesihatan diserang melalui platform yang beliau tidak boleh memberi penjelasan.
“Justeru itu, YB Bintulu wajar membuat permohonan maaf sebagai menghormati peranan semua petugas barisan hadapan dan Ketua Pengarah Kesihatan dalam memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat sepanjang usaha menyekat penularan Covid-19," katanya lagi.
Mengulas lanjut, Adnan berpandangan tiada keperluan untuk Noor Hisham untuk selalu turun padang memandangkan saluran komunikasi dengan petugas di lapangan sentiasa berjalan dengan baik mengikut prosedur yang jelas.
“Oleh itu, walaupun Ketua Pengarah Kesihatan (Noor Hisham) tidak selalu turun di lapangan, beliau tetap bertanggungjawab memastikan perancangan dan keputusan yang dibuat di Putrajaya sampai ke peringkat negeri dan hospital-hospital dengan pantas,” katanya.

0 Comments