PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) mengesahkan perlumbaan Le Tour de Langkawi 2021 (LTdL 2021) dibatalkan dan dakan dianjurkan semula tahun 2022.
Presiden MNCF, Datuk Abu Samah Wahab yang dipetik laporan Sinar mengesahkan perkara tersebut. Keputusan membatalkan perlumbaan elit di Asia itu juga jelasnya dicapai secara bulat suara ketika mesyuarat khas melibatkan pelbagai pihak khususnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Tambahnya, MNCF selaku pemegang hak penganjuran LTdL, akan memberi penjelasan terperinci kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dengan kadar segera bagi memudahkan semua pasukan yang telah menerima jemputan untuk membuat tindakan susulan.
“Saya ingin mengesahkan bahawa keputusan untuk membatalkan Le Tour de Langkawi 2021 telah dicapai secara bulat suara semalam (kelmarin).
“MNCF bersetuju dengan keputusan ini. Begitu juga KBS. Saya berpendapat inilah keputusan terbaik untuk semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.
Beliau turut mendedahkan ada percubaan oleh pihak tertentu untuk menganjurkan LTdL 2021 pada September 2021 namun ia dilihat sukar termasuk bagi mendapatkan tarikh penganjuran daripada UCI.
“Secara kebetulan, Jelajah Malaysia 2021 juga akan diadakan pada September. Jadi agak sukar untuk mendapatkan tarikh sesuai untuk Le Tour de Langkawi 2021. Apabila ini timbul, pengurus acara sukar untuk mendapatkan penyertaan pasukan elit dunia,” katanya.
LTdL 2021 ditangguhkan akibat pendemik |
“Ada banyak perkara yang mesti difikirkan oleh semua pihak termasuk MNCF dan KBS. Saya percaya UCI akan menerima penjelasan kami kerana ia dicapai dan diputuskan berdasarkan suasana yang sangat mendesak,” kata Naib Presiden Kehormat Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) itu lagi.
0 Comments