LEGENDA bola sepak dunia, Diego Maradona dilapor meninggal dunia pada usia 60 tahun.
Maradona yang dinobat sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman bersama legenda Brazil, Pele meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Buenos Aires.
Dalam satu kenyataan di media sosial, Persatuan Bola Sepak Argentina menyatakan rasa dukacita atas kematian legenda itu.
"Anda akan selalu ada di hati kami," ujar persatuan tersebut.
Sementara Presiden Alberto Fernandez serta merta mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari di seluruh negara.
Tidak lama sebelum pengumuman yang mengejutkan itu, media Argentina melaporkan kesihatan Maradona merosot teruk hari ini dan sedang dirawat oleh doktor di kediamannya di utara Buenos Aires.
“Terdapat empat ambulans di kediaman tersebut. Mereka juga telah memanggil ahli keluarga untuk datang. Ini serius,” lapor saluran sukan TyC
Difahamkan, Maradona menjalani pembedahan darah beku di otak pada awal November dan dirawat kerana masalah alkohol.
Maradona menjadi kapten ketika Argentina menjuarai Piala Dunia 1986 dan menjaringkan gol 'hand of god' yang masih diingati sehingga kini ketika menentang England pada suku akhir.
Mendiang meninggal dunia pada usia 60 tahun |
Dia menjaringkan 34 gol dalam 91 perlawanan untuk Argentina dan mewakili pasukan itu dalam empat Piala Dunia.
0 Comments