Ahli Parlimen mahu Jeffery Kitingan dirujuk ke Jawatankuasa



SEORANG
Ahli Parlimen meminta Dewan Rakyat merujuk Jeffrey Kitingan (STAR-Keningau) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Ia susulan kehadiran di dalam dewan sedangkan Jeffrey masih belum menghabiaskan tempoh kuarantin selama 14 hari setelah ke Kuala Lumpur dari Sabah.

Chan Foong Hin (HARAPAN-Kota Kinabalu) berkata surat bertarikh 9 Okt jelas menetapkan mereka yang pulang dari Sabah perlu dikuarantin mengikut tempoh masa itu.

“Saya tak merujuk kepada sebarang kuarantin rule yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Tetapi apa yang penting, semua MP dari Sabah kita menerima surat bertarikh 9 Oktober yang minta kita semua MP dari Sabah kuarantin 14.

“Jadi kenapa Keningau boleh terkecualikan?,” soalnya di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, ahli parlimen pembangkang mempersoalkan bahawa Kitingan tiba di Kuala Lumpur 12 November, maka tempoh kuarantinnya hanya akan tamat pada 26 Nov ini.

Mereka berkata timbalan ketua menteri Sabah itu menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri di Kota Kinabalu pada 12 Nov, oleh itu tidak akan dapat mencukupkan kuarantin mandatori 14 hari di Semenanjung.

Sementara itu, Chan berkata Jeffrey harus dirujuk ke jawatankuasa berkenaan mengikut Perintah Tetap 80 (A) dan meminta speaker mengeluarkan perintah itu.

Timbalan Speaker Rashid Hasnon, yang mempengerusikan persidangan, berkata Kementerian Kesihatan memberi kebenaran kepada Jeffrey untuk menghadiri Parlimen dan meminta Chan menghantar cadangan bertulis untuk pertimbangan.

Semalam, Kitingan berkata keputusan dibuat oleh KKM yang telah menjalankan beberapa ujian calitan dan ujian darah sejak dia tiba di Kuala Lumpur pada 12 Nov lepas.

Chan mahu Jeffery dirujuk ke Jawatankuasa
Sebelum ini seorang Ahli Parlimen kerajaan,  Mohd Khairuddin Aman Razali dikenakan kompaun RM1,000 selepas gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin wajib.

Mohd Khairuddin yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS dikritik banyak pihak kerana mengingkari arahan kuarantin wajib seperti diarahkan pihak berkuasa

Post a Comment

0 Comments