KERAJAAN perlu mengambil perhatian serius isu keganasan terhadap kaum wanita terutamanya penderaan domestik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu melalui satu kenyataan berkaya, pelaksanaan PKP untuk jangka masa yang lama telah menghadkan aktiviti kaum wanita dan kanak-kanak perempuan di luar rumah sekali gus mendedahkan mereka kepada penderaan di dalam rumah.
“Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) juga telah melaporkan peningkatan gejala seumpamanya di pelbagai negara, terutamanya pada zaman wabak dan ketidaktentuan hari ini.
“Persatuan Perubatan Malaysia turut menggariskan beberapa laporan yang menunjukkan peningkatan gejala penderaan ketika tempoh pengawalan pergerakan yang berpanjangan tatkala mereka berdepan dengan masalah kewangan dan tekanan jiwa yang memuncak,” ujarnya.
Malaysia tegasnya lagi kekurangan data atau maklumat bagi mengakses dan menilai gejala tersebut. kelemahan itu tegasnya telah menyebabkan kerajaan tidak dapat bertindak melindungi golongan wanita dengan berkesan.
“Kerajaan harus meningkatkan perhatian pada isu ini dan gunakan segala upaya yang ada bagi mengekang atau membendung masalah ini.
Anwar percaya banyak kes tak dilaporkan |
Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menyuarakan rasa yakin bahawa terdapat banyak kes keganasan membabitkan golongan itu tidak dilaporkan.
0 Comments