Bersih kecam usaha Pahang lantik 5 ADUN tanpa pilihan raya


USAHA
kerajaan Pahang untuk melantik lima anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) tanpa melalui proses pilihan raya dikritik Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Kumpulan reformasi pilihan raya itu menyifatkan tindakan tersebut akan hanya memberikan mutlak kepada Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail melantik pihak yang setia padanya sebagai penyokong kerajaan dalam dewan.

“Bersih 2.0 amat risau akan lima kerusi bonus ini akan menjadi MB Pahang sebagai panglima perang yang bukan sahaja tidak dapat dipertanggungjawabkan oleh pembangkang, bahkan sekutunya dalam kerajaan,” kata Bersih.

Mereka turut menolak keras kenyataan Wan Rosdy sebelum ini bahawa lantikan tersebut tiada motif politik dan kerajaan negeri itu memerlukan Adun tambahan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Bersih mengutarakan beberapa asas, mengapa mereka menolak kenyataan Wan Rosdy.

Tegas mereka, sekiranya Pahang memerlukan lebih banyak Adun, kerajaan negeri perlu meminda perlembagaan negeri untuk menambah jumlah kerusi, bukannya mencipta kerusi lantikan.

Disamping itu, peningkatan pengundi tahunan sekitar dua peratus, Pahang mempunyai nisbah pengundi Adun keempat paling rendah (19,619 pengundi pada 2018) di Semenanjung, di belakang Selangor (43,142), Johor (32,464) atau Kedah (31,847).

Tambah mereka lagi, Adun Pahang hanya bermesyuarat 11 hari dalam tahun 2019 dan tiada keperluan membayar elaun ratusan ribu untuk lima orang Adun lagi.

Bersih 2.0 menolak usaha k'jaan Pahang
Justeru mereka berpandangan bahawa perkhidmatan lebih baik dapat disediakan melalui pendanaan yang lebih baik badan kerajaan, bukannya dengan menambah bilangan Adun.

Pada minggu lalu,   Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang meluluskan usul untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri bagi melantik lima Adun, tanpa melalui proses pilihan raya.

Langkah kontroversi itu mendorong Adun pembangkang keluar dewan terbabit sebagai tanda protes.

BACA:
Bimbang Enakmen baru di Pahang disalahguna

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Pahang, Fuziah Salleh sebelum ini melahirkan kebimbangan sekiranya pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilaksana, proses itu berpotensi untuk disalahgunakan.

 

Post a Comment

0 Comments