PENGUNDIAN peringkat dasar sama ada Belanjawan 2021 oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diluluskan atau tidak bakal dijangka akan dijalankan hari ini.
Sekiranya masa mengizinkan, undian Rang Undang-undang Perbekalan 2021 akan dijalankan sejurus selepas baki sembilan menteri termasuk menteri kewangan selesai membuat penggulungan bagi kementerian masing-masing hari ini.
Belanjawan 2021 merupakan belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat pada Mac lepas.
Pengundian hari ini bakal menjadi perhatian kerana ia akan menentukan kelangsungan kerajaan yang dipimpin Ahli Parlimen Pagoh itu.
Ketika ini, kerajaan PN dilihat terumbang-ambing dengan majoriti yang agak tipis.
Mereka kini kekurangan tiga anggota parlimen dengan Dewan Rakyat menyaksikan sokongan 110 wakil rakyat berbanding pembangkang yang mempunyai 108 orang.
Ramai Ahli Parlimen termasuk dari Umno sebelum ini memberi amaran tidak mahu menyokong Belanjawan itu sekiranya ia tidak benar-benar memenuhi keperluan rakyat.
Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini mempersoal rancangan kerajaan untuk menyalurkan dana RM85.5 juta ringit bagi menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang didakwa menjalankan kerja-kerja propaganda untuk kerajaan ketika lebih banyak dana diperlukan untuk melawan pendemik Covid-19.
Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Dr Puad Zarkashi menyifatkan, apa-apa boleh berlaku minggu ini termasuk negara mempunyai perdana menteri baru.
Mungkin berlaku pertukaran PM |
Difahamkan, sekiranya Belanjawan tidak dapat diluluskan, Perkara 102 Perlembagaan Persekutuan dapat digunakan untuk membentangkan rang undang-undang terpisah untuk mengizinkan perbelanjaan penting.
Perbelanjaan penting boleh merangkumi emolumen penjawat awam dan perbelanjaan penjagaan kesihatan yang diperlukan untuk memerangi wabak Covid-19.
0 Comments