SELEPAS insiden tembakan di sempadan Malaysia- Thailand pada 24 November lalu, satu lagi kejadian serupa berlaku petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika sedang melakukan kawalan di Pos M16 di Bukit Kayu Hitam.
Sumber memaklumkan, anggota terbabit mengalami kecederaan ringan berikutan peluru yang dipercayai dilepaskan dari arah negara jiran terkena baju kalis pelurunya.
Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.
Difahamkan, anggota terbabit kini mendapat rawatan dan siasatan berhubung kejadian sedang dilakukan pihak berkuasa.
Ini adalah kejadian kedua membabitkan anggota PGA di sempadan Malaysia-Thailand diserang menggunakan senjata api.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi 24 November lalu, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban manakala rakannya Sarjan Norihan Tari, 39, mengalami kecederaan parah ketika berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup di kawasan sempadan berhampiran Padang Besar.
Kejadian kedua bulan ini |
0 Comments