Lagi Ahli Parlimen tak puas hati dengan perjalanan Dewan


DEWAN Rakyat hari ini kecoh apabila Ahli Parlimen pembangkang tidak berpuas hati apabila usaha mereka bertanyakan lebih banyak soalan kepada Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, tidak dibenarkan

Timbalan Speaker Rashid Hasnon yang mengendali dewan tidak membenarkan ahli parlimen pembangkang mendapatkan penjelasan ketika Adham sedang mengulung perbahasannya atas alasan sesi gulung perbahasan bukan untuk berdebat.

“Menteri tidak datang ke Dewan Rakyat hanya untuk membacakan jawapan,” kata Hannah Yeoh (PH-Segambut), menegaskan sesi penggulungan bukan “laluan sehala”.

Rashid sebaliknya berkata sebarang soalan seharusnya dilakukan sebelum sesi itu.

“Ini Parlimen. Sekiranya anda mahu kami berada di sini dan tidak bertanya, apa gunanya?” kata Dr Xavier Jayakumar (PH-Kuala Langat), meminta lebih banyak masa diberikan kepada wakil rakyat.

Menteri juga menolak desakan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang mahu beliau menjawab Tiong King Sing (GPS-Bintulu) yang mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dua minggu lalu.

Ketika ditanya Rashid sama ada beliau mahu memberi respons kepada Rayer, Adham menolak.

Ahli Parlimen mahu tanya soalan


Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas perjalanan dewan yang tidak memberi ruang untuk Ahli Parlimen mengemuka soalan kepada menteri.


BACA: Anwar tegur Speaker, dewan jadi panas

Tegasnya, isu-isu berkaitan rakyat wajar diberi ruang untuk disoal dan dibahaskan.


Post a Comment

0 Comments