Belanjawan hanya lulus peringkat dasar, belum sepenuhnya.


BELANJAWAN
2021 yang menarik perhatian ramai sejak beberapa hari lalu, akhirnya diluluskan pada peringkat dasar melalui undi suara di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun pengundian hari ini adalah kekangan pertama yang perlu dilalui belanjawan kerajaan Perikatan Nasional itu.

Sokongan yang diberikan hari ini dibuat selepas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan pelbagai peruntukan tambahan termasuk kebenaran mengeluarkan wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang dituntut pelbagai pihak.

Sementara itu, Pihak pembangkang memutuskan untuk tidak mendedahkan bilangannya di Dewan Rakyat hari ini.

Cubaan Mahfuz Omar (HARAPAN-Pokok Sena) yang mahu pengundian dibuat secara en bloc (Undian belah bahagi) tidak kesampaian apabila cadangan itu gagal mendapat sokongan sekurang-kurangnya 15 ahli parlimen.

Ahli Parlimen Pembangkang sebelumnya telah menyuarakan bantahan terhadap belanjawan itu melalui undi suara.

Keputusan untuk tidak mengadakan undi belah bahagi mungkin dilihat sebagai strategi prosedur atas faktor mereka tidak akan menang dalam proses itu, tidak semua anggota Parlimen pembangkang setuju dengannya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chan Lih Kang dalam muatnaik di laman Facebooknya menjelaskan, bahawa Belanjawan 2021 yang diundi hari ini tidak bermakna ia telah diluluskan sepenuhnya.

Masih tidak diluluskan secara keseluruhan
Selepas ini jelasnya, ia akan dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk dibahaskan sebelum ia sekali lagi diundi sebelum diluluskan.

Manakala setelah undian peringkat jawatankuasa dihabiskan, Belanjawan dibentangkan Perikatan Nasional akan sekali lagi diundi secara keseluruhan melalui bacaan ketiga sebelum dapat diluluskan sepenuhnya.

"Hari ini, pembangkang tidak sokong bajet ini,kami sudah undi melalui undi suara untuk tolak. Cuma kami tidak minta belah bahagi," jelasnya.

Post a Comment

0 Comments