PRESIDEN Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi menjelaskan mengapa pihaknya tidak undi belah bahagi pada proses pengundian Belanjawan 2021 hari ini.
Dalam satu sidang media di lobi Dewan Rakyat, Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, beliau sendiri telah meminta Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk tidak melakukan perkara itu pada pengundian peringkat dasar belanjawan tersebut.
Jelasnya, selain tidak mahu pihaknya dilihat menolak insentif baru yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, langkah itu juga dibuat kerana isu utama seperti perbelanjaan "tidak realistik" belum dijawab oleh Zafrul.
"Tetapi apa yang dilakukannya adalah mengumumkan geran dan elaun tambahan untuk barisan depan, petani, nelayan dan lain-lain.
"Itu menjadikan isu komplikated. Saya tidak mahu dilihat mengabaikan fakta bahawa menteri telah mengambil beberapa langkah, yang lebih diterima oleh rakyat.
"Walaupun Lim dan Mohamad mempunyai pandangan yang kuat, saya merayu mereka, berikan tugas itu, buat masa ini kita harus biarkan (belanjawan) terus berjalan," jelasnya.
Sebagai rekod, sekiranya belanjawan itu ditolak hari ini, ia bakal menyaksikan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada dasarnya terpaksa meletak jawatan.
Banyak persoalan belum dijawab menteri |
Anwar turut menegaskan bahawa secara asasnya, HARAPAN tetap menentang belanjawan yang dibentangkan pentadbiran Muhyiddin.
0 Comments