TIGA pelajar sebuah sekolah di Ranau, Sabah dilapor cedera selepas terjatuh dari jambatan gantung setinggi 18 meter dari paras sungai.
Memetik laporan Sinar, pelajar ketiga-tiga pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut itu dikatakan bersama lima lagi remaja lain lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berada di jambatan itu untuk mendapatkan rangkaian internet bagi mengikuti kelas dalam talian di Kampung Gusi di sini Isnin lalu.
Susulan kejadian itu, dua pelajar patah bahagian paha dan betis, manakala seorang lagi mengalami kecederaan tulang belakang.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam mengesahkan kejadian berkenaan memaklumkan seorang pelajar patah kaki dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu.Mangsa sedang mencari rangkaian internet
"Ada beberapa pelajar terjatuh dari jambatan gantung yang telah dibina sejak 10 tahun lalu.
"Pelajar ini menggunakan jambatan itu sebagai stesen untuk mencari talian internet," katanya dipetik portal itu.
Jochim turut berharap Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dapat menyalurkan peruntukan bagi pembinaan jambatan baharu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Sammy Newton berkata, polis akan mengadakan lawatan ke lokasi bagi mendapatkan laporan penuh kejadian berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
0 Comments