Komposer A. Ali meninggal dunia


KOMPOSER
terkenal, A Ali @ Hamdan Atan, 71, dilapor meninggal dunia semasa tidur di kediamannya di Kajang, pagi tadi.

Berita kematian penyanyi yang pernah bersama kumpulan Kembara itu dimaklumkan seorang anak Allahyarham dikenali sebagai Norhuda.

Norhuda berkata, arwah bapanya tidak mempunyai masalah kesihatan kronik dan pemergiannya sangat mengejutkan.

"Alhamdulillah, kesihatan ayah selama ini okay, jantung pun tiada masalah. Malah, setiap tahun kami bawa ayah buat pemeriksaan kesihatan.

"Namun, ajalnya sudah sampai. Allah lebih menyayanginya. Selepas ayah dibawa ke hospital, doktor beritahu jantungnya sudah berhenti lama sebelum menutup mata," katanya dipetik BH Online.

Difahamkan kematian A.Ali disedari isterinya, Latifah Khamis  kira-kira jam 8.30 pagi sebelum memaklumkannya kepada Norhuda.

Norhuda berkata, ibu dan arwah sempat menunaikan solat Subuh, pagi tadi.

Selain menyanyi dan bermain muzim A Ali turut memiliki kemahiran menggubah lagu dengan kebanyakan ciptaannya digemari ramai. Antaranya ialah Resahku dan Rayuanku dendangan Rohana Jalil serta Menaruh Harapan (Zaiton Sameon).

Allahyarham berusia 71 tahun
Arwah juga mencipta lagu Diriku Terbelenggu nyanyian Francissca Peter dan Rayuanku dendangan Rohana Jalil yang cukup popular pada era 1980-an.

Semalam media melaporkan komposer irama dangdut popular era 1990-an Ruslan Mamat meninggal dunia dalam tidurnya semasa mendapatkan rawatan di Hospital Serdang akibat masalah jantung .

 

Post a Comment

0 Comments