Kanak-kanak perempuan lemas di tali air


SEORANG
kanak-kanak berusia 12 tahun ditemukan ditemukan lemas di Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang dekat parit Buntar semalam.

Difahamkan, Mangsa Nur Farah Dania Abd Rahman sebelumnya bersama tujuh lagi rakannya bermain parit tali air berdekatan sebelum lemas.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, kejadian itu disedari seorang lelaki yang kebetulan memancing di kawasan berhampiran.

Menurutnya, semasa kejadian, lelaki terbabit melihat dua kanak-kanak hampir lemas dan bertindak terjun ke dalam tali air untuk menyelamatkan mereka.

"Bagaimanapun, hanya seorang daripada kanak-kanak itu yang dapat diselamatkan, manakala seorang lagi gagal ditemui.

"Lelaki itu kemudiannya memanggil orang kampung datang untuk membantu mencari seorang lagi mangsa," katanya.

Nur Farah ditemukan alam keadaan tidak sedarkan diri oleh penduduk kampung pada kira-kira jam 6.30 petang sebelum dibawa Klinik Kesihatan Tanjung Piandang untuk tindakan lanjut, namun disahkan meninggal dunia.

Mangsa ditemukan penduduk kampung
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar dan hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian disebabkan lemas.

"Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa tidak menemui sebarang kecederaan lain," kata Mazuki.

 

Post a Comment

0 Comments