KERAJAAN Selangor mengesyaki ada unsur sabotaj dalam kes terbaharu membabitkan pencemaran sungai di negeri itu.
Perkara itu dinyatakan Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli, dan Hal Ehwal Selain Islam, Hee Loy Sian di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.
“Ini (pencemaran) berlaku selepas jam 7 hingga 10 pagi.
“Kita mengesyaki ada sabotaj yang berlaku. Jadi kita akan buat laporan polis, dan mencari siapa di belakangnya,” katanya menjawab soalan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mengenai masalah itu.
Sejak semalam 1.2 juta penduduk Lembah Klang sekali lagi mengalami gangguan bekalan air berskala mega susulan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang serta LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, dan 3 terpaksa dihenti tugas semalam berikutan pencemaran sumber air mentah.
Gangguan bekalan air itu merangkumi 1,279 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
Penutupan terbaharu empat loji kendalian syarikat Air Selangor Sdn Bhd itu adalah kali ketujuh tahun ini disebabkan masalah yang sama iaitu pencemaran sungai.
Semetnara itu, Hee mendedahkan kesemua bacaan nombor ambang bangar (TON) yang direkodkan tiga kali dari jam 2 pagi ke 7 pagi hari ini oleh Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dan Air Selangor, menunjukkan bacaan sifar.
Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) memandang serius itu gangguan bekalan air itu.
Pengarah Komunikasi parti itu, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan memaklumkan parti itu memahami kemarahan dan kegusaran penduduk negeri itu yang terkesan dengan isu tersebut.
"KEADILAN memandang serius isu gangguian bekalan air yang sering berulang ini dan pihak Kerajaan Negeri serta agensi-agensi terbabit perlu menanganinya pada kadar segera.
KEADILAN tuntut penjelasan |
0 Comments