Apa rasional tambah dana bayar 'pegawai politik' di JPM?

 


KETUA pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membangkitkan isu berkenaan peningkatan peruntukan sebanyak RM181.4 juta kepada kakitangan kontrak di bahawa Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Isu itu dibangkitkan Anwar pada perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 yang bermula di Dewan Rakyat hari ini.

"Saya ingin tahu butiran terperinci berhubung dengan program khusus dan emolumen kakitangan kontrak sebanyak RM200 juta bagi tahun 2021.

"Peningkatan RM181.4 juta berbanding tahun sebelumnya. Ini untuk pegawai kontrak politik di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Ini dalam keadaan kita uar-uarkan ini adalah kerajaan prihatin tentang Covid-19. Saya nak tanya apa hubungan RM181 juta ini dengan derita rakyat miskin yang menganggur yang sekarang menuntut pertimbangaan dan perhatian kerajaan hari ini," soalnya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson turut membangkitkan peruntukan kepada duta-duta khas, juga di bawah JPM.

Menurutnya, pelantikan sejumlah duta khas adalah sia-sia kerana peranannya mampu dijalankan Kementerian Luar.

Anwar mahu penjelasan dari Muhyiddin
"...Tidak setimpal dengan membayar upah kepada jawatan yang tidak berkesan. Dalam Covid-19 ini, duta-duta khas ini ke mana mereka pergi? Semua di Kuala Lumpur," katanya sambil meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sendiri yang menjawab soalannya di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Yusof. dalam jawapan di Dewan Rakyat mendakwa, peruntukan untuk emolumen kakitangan kontrak di Jabatan Perdana Menteri tidak akan digunakan untuk pelantikan politik.


 

Post a Comment

0 Comments