PRESIDEN Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dilapor telah memfailkan tindakan saman terhadap Harakahdaily dan pemimpin PAS Selangor.
Ia berhubung satu artikel yang dimuat naik media parti itu secara dalam talian yang dimuat naik pada 14 September lalu.
Difahamkan, artikel itu antara lain menyentuh mengenai peletakan jawatan Husam Musa sebagai naib presiden Amanah yang dipercayai digunakan bagi kepentingan politik PAS, yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Perikatan Nasional (PN).
Mohammad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dikalangan penyokong mendakwa laopran itu menyiarkan pernyataan fitnah yang disengajakan dengan sengaja, tanpa menggunakan usul periksa dan dengan niat jahat untuk tujuan sensasi artikel dalam talian.
Peguam Mohamad, Tetuan Amin Amirul & Partners, mengemukakan writ saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Oktober.
Kertas kausa itu menamakan Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, portal dalam talian Harakahdaily dan ketua editor akhbar Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob, dan Galeri Media Serbanika Sdn Bhd, sebagai defendan.
Dipetik laporan oleh Malaysiakini, bekas menteri pertahanan itu menuntut ganti rugi am, berat dan teladan, dan faedah 5 peratus atas ganti rugi yang dikira dari tarikh writ hingga pembayaran akhir.
Beliau turut mendesak artikel itu ditarik balik selain permohonan maaf dibuat di portal Harakahdaily dan akhbar cetak Harakah, dalam masa 14 hari dari tarikh penghakiman
Plaintif juga menuntut injunksi untuk mengelakkan para defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan fitnah tersebut, sama ada secara lisan, atau melalui media cetak atau dalam talian.
Mohamad juga menuntut kos dan apa-apa pelepasan lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Mat Sabu saman Harakahdaily |
Menurutnya, mahkamah telah menetapkan 7 Januari tahun depan untuk pengurusan kes selanjutnya.
0 Comments