PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan mempertimbang bantuan untuk pengusaha kantin sekolah.
Melalui satu kenyataan, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau mengambil maklum masalah dihadapi lebih 10,000 pengusaha yang terjejas susulan keputusan kerajaan menutup sesi persekolahan sehingga 17 Disember ini.
Tegasnya, keputusan itu yang dibuat secara tergesa-gesa tanpa ambilkira nasib para pengusaha kantin adalah mengecewakan.
Saya nasihatkan kerajaan untuk fikir dan teliti setiap aspek sebelum membuat keputusan yang akan mengesankan rakyat terbanyak, terutamanya ketika zaman getir seperti hari ini.
"Ini dikhuatiri memaksa mereka untuk gulung tikar akibat ketidakmampuan menanggung bebanan kos operasi harian. Keputusan tergesa-gesa tanpa ambil kira nasib para pengusaha kantin adalah mengecewakan," katanya dalam kenyataan.
Anwar gesa beri bantuan geran |
Terdahulu, semua sekolah termasuk Kolej Vokasional di negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditutup bermula Isnin lalu sehingga hari akhir persekolahan pada tahun ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut menutup semua sekolah di Perlis, Kelantan, Pahang dan Sarawak mulai 9 November hingga 17 Disember.
0 Comments