SEORANG penganalisis politik tempatan, Shahbudin Husin berpandangan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendedahkan senarai nama Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong beliau adalah sebagai satu ‘strategi’ bijak.
Pandangan itu disuarakanShahbudin susulan tindakan sebahagian kecil penyokong Perikatan Nasional (PN) mempersenda Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu selepas media mendakwa Anwar tidak menyertakan nama Ahli Parlimen yang mengalihkan sokongan dari Muhyiddin kepadanya.
Shahbuddin, yang pernah menghasilkan beberapa buah buku berkaitan politik tanah air berpandangan strategi tidak mendedahkan siapa 120 ahli Parlimen yang menyokong Ketua Pembangkang itu adalah untuk mengelakkan mereka diganggu, ditekan atau mungkin ditawarkan habuan.
"Bukti sahih itu bagaimanapun bukanlah dalam bentuk senarai penuh siapa ahli Parlimen yang sudah setuju untuk menyokongnya.
"Anwar hanya memberikan jumlahnya saja, tetapi senarai siapa mereka yang berkenaan ada dalam kawalan ketua-ketua parti yang terbabit.
"Ia hanya akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong apabila ketua-ketua parti mula dipanggil menghadap ke Istana Negara," kata Shahbudin diblognya.
Pada Selasa, Anwar ke Istana negara bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa.
Istana Negara dalam kenyataan selepas itu mengesahkan Anwar telah mempersembahkan jumlah ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya kepada Yang di-Pertuan Agong, namun tidak menyenaraikan nama individu yang menyokongnya.
Beberapa pemimpin tertinggi parti politik kecuali PAS kemudiaan dilapor menerima titah supaya mengadap. Ia kemudiaan ditangguhkan susulan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Selangor dan Kuala Lumpur yang dikuatkuasakan pentadbiran Muhyiddin kemudiannya.
Pandangan itu disuarakanShahbudin susulan tindakan sebahagian kecil penyokong Perikatan Nasional (PN) mempersenda Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu selepas media mendakwa Anwar tidak menyertakan nama Ahli Parlimen yang mengalihkan sokongan dari Muhyiddin kepadanya.
Shahbuddin, yang pernah menghasilkan beberapa buah buku berkaitan politik tanah air berpandangan strategi tidak mendedahkan siapa 120 ahli Parlimen yang menyokong Ketua Pembangkang itu adalah untuk mengelakkan mereka diganggu, ditekan atau mungkin ditawarkan habuan.
"Bukti sahih itu bagaimanapun bukanlah dalam bentuk senarai penuh siapa ahli Parlimen yang sudah setuju untuk menyokongnya.
"Anwar hanya memberikan jumlahnya saja, tetapi senarai siapa mereka yang berkenaan ada dalam kawalan ketua-ketua parti yang terbabit.
"Ia hanya akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong apabila ketua-ketua parti mula dipanggil menghadap ke Istana Negara," kata Shahbudin diblognya.
Pada Selasa, Anwar ke Istana negara bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa.
Istana Negara dalam kenyataan selepas itu mengesahkan Anwar telah mempersembahkan jumlah ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya kepada Yang di-Pertuan Agong, namun tidak menyenaraikan nama individu yang menyokongnya.
Shahbudin anggap startegi Anwar |
0 Comments