AMK bidas tindakan 'terdesak' Armada


TINDAKAN Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada) membuat laporan polis terhadap Presiden Parti KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikritik Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Terengganu,

Ketua Biro Wanitanya, Yuslaini Azmi menyifatkan langkah itu bukan sahaja terdesak bagi menghalang usaha Anwar mengambil semula mandat rakyat yang dirampas kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin, malah ia satu tindakan yang pelik.

"Ketika Anwar mengumumkan punya majoriti pada 23 September lalu sebilangan  Ahli Parliman telah membuat laporan polis mengatakan mereka termasuk dalam kabinet Anwar walaupun Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan senarai nama sokongan ahli parlimen yang ada pada beliau.

"Hari ini mereka (Armada) membuat lagi sekali laporan polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dikatakan beliau menghina institusi di raja," katanya dalam kenyataan.

Yuslaini turut mempersoalkan mengapa Armada tidak bertindak adil dengan melakukan perkara serupa terhadap Muhyiddin ketika mendakwa memiliki jumlah sokongan mencukupi bagi dilantik perdana menteri melalui 'Langkah Sheraton" sebelum ini.
 
"Persoalannya ketika Langkah Sheraton terjadi adakah  Muhyiddin Yassin mendedahkan senarai nama ahli Parlimen yang menyokong beliau?

"Kenapa Armada tidak membuat laporan polis terhadap Muhyiddin yang kini sudah hilang majoriti?" Soal Yuslaini dalam satu kenyataan.

Yuslaini persoal tindakan Armada
Terdahulu, Ketua Penerangan Armada, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir mendakwa tindakan Anwar mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tanpa mengemukakan nama Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya sebagai satu tindakan menghina raja dan menggugat kestabilan politik negara.
 
Seorang penganalisis politik melihat tindakan tidak mendedahkan nama Ahli Parlimen yang menyokongnya secara terperinci sebagai sebahagian usaha melindungi mereka dari diganggu atau ditawarkan imbuhan bagi menarik semula sokongan dari Anwar.

BACA:
Tak dedah nama strategi bijak Anwar, kata penganalisis


Sementara itu Yuslaini berkata,dalam situasi terkini, Armada sepatutnya khuatir dengan keutuhan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) terutama ketika Biro Politik Umno membuat keputusan agar parti itu mempertimbangkan untuk keluar daripada PN yang sekaligus menurutnya telah memberi isyarat jelas bahawa Muhyiddin sememangnya sudah hilang majoriti di Parlimen.

"Saya mahu bertanya pada Armada berapa senarai ahli Parlimen yang menyokong kepimpina Muhyiddin Yassin jika Umno sendiri sudah bermain tarik tali dengan kerajaan sedia ada?

"Kami juga ingin tahu senarai nama yang menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana jika diikut sifir mudah tanpa Umno, PM sekarang sudah hilang majoriti," tegasnya lagi.

Untuk rekod, keasbahan pentadbiran Muhyiddin sebelum ini dipertikaikan kerana tidak ada jumlah sebenar ahli parlimen yang menyokongnya didedahkan.

Satu usul undian di Dewan Rakyat sebelum ini bagi menggugurkan speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof, blok kerajaan diketuai Muhyiddin hanya mendapat 111 undi bagi usul berkenaan manakala 109 tidak menyokongnya. Difahamkan 2 lagi Ahli Parlimen termasuk seorang Timbalan Speaker tidak mengundi.  

Post a Comment

0 Comments