SEORANG Penganalisis politik mempersoal ura-ura kerajaan mahu meletakkan negara dalam status darurat.
Prof Dr Hamidin Abdul Hamid dari Ilham Centre menegaskan bahawa tiada istilah darurat ekonomi, politik mahupun kesihatan sebaliknya darurat hanya membawa kepada satu maksud dan ia tidak sepatutnya membebankan rakyat.
“Saya sedikit keliru kerana, kebanyakan konsep darurat ekonomi, politik, atau kesihatan, sebenarnya tidak ada. Dan kita perlu akui, (sekiranya darurat) penggantungan Parlimen mesti dilakukan dan kuasa diletakkan di bawah Yang di-Pertuan Agong.
“Tetapi persoalannya, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi keadaan ini? Dan adakah kita sudah berada pada tahap no turning back, atau tiada rundingan, selain pengisytiharan darurat?' jelas Dr Hamidi dipetik satu temubual bersama Agenda AWANI malam tadi.
Sementara itu jelasnya, Malaysia masih mempunyai ruang yang luas, terutama dalam konteks ekonomi, untuk berunding dan mengelak negara diletakkan dalam keadaan darurat.
Malah kta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sedia ada cukup bagi mengawal penularan pendemik Covid-19.
Hanya akan buktikan kelemahan kerajaan |
Beberapa sumber menyatakan Kabinet telah mempersetujui langkah tersebut.
Muhyiddin pada lewat petang semalam mengada pertemuan dengan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di di Istana Abdul Aziz, Kuantan.
Dalam satu gambar yang tular di media sosial malam tadi, Pertemuan itu turut diiringi menteri kanan, Mohammed Azmin Ali.
Sementara itu dalam isu berkaitan, Dr Hamidi mengulas tindakan itu yang mahu dilakukan ketika semua pihak sedang tertumpu kepada Belanjawan 2021 yang dijadual diumum pada 6 November nanti.
Katanya, isu belanjawan sepatutnya dibincangkan antara pihak berkepentingan tanpa perlu melakukan pengisytiharan darurat dan pengisytiharan itu akan hanya membuktikan kelemahan pentadbiran Muhyiddin Yassin.
“Bagi saya, sesebuah kerajaan itu seharusnya mampu menangani sebarang isu dengan melakukan rundingan dengan ahli politik lain untuk pastikan negara berada pada tahap baik, terutamanya ketika COVID-19.
“Kegagalan melakukan perkara ini menunjukkan kerajaan memerintah gagal menyelesaikan permasalahan dan masalah itu tidak seharusnya beri membeban kepada rakyat melalui pelaksanaan darurat,” katanya.
0 Comments