KEBIJAKSANAAN Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang menolak cadangan Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin supaya negara diletak dalam keadaan 'darurat' dipuji rakyat negara ini.
Di media sosial, rata-rata warganet mengucapkan penghargaan atas keperihatinan Seri Paduka Baginda yang menegaskan bahawa tiada keperluan untuk perintah itu diisytiharkan ketika ini.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara pemimpin yang memuji kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah. Dalam satu kenyataan Anwar berkata, beliau menyambut baik keputusan itu yang berlandaskan semangat perlembagaan dan kefahaman Paduka Baginda terhadapa denyut nadi rakyat negara ini.
Pelabur tidak yakin untuk terus melabur
Sebelumnya ramai pakar ekonomi menyuarakan kebimbangan sekiranya cadangan tidak demokratik Muhyiddin itu diperkenan.
Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak Shazali Abu Mansor yang dipetik laporan Malaysiakini sebelumnya berkongsikan padangannya berhubung pelaksanaan perintah darurat itu kepada negara.
Katanya, walaupun keadaan darurat dapat memulihkan kestabilan politik buat sementara waktu, namun memberi kesan besar terhadap ekonomi terutama berkait kepercayaan pelabur sehingga boleh tarik keluar pelaburan asing FDI
"Pelabur asing memandang ini sebagai langkah tidak demokratik. (Pengisytiharan) darurat bukanlah sesuatu yang mereka suka lihat kerana bagi mereka itu tidak demokratik.
"Kami mungkin melihat sejumlah penarikan keluar dana dari Bursa Saham Kuala Lumpur. Tetapi itu bergantung pada cara mereka melihat demokrasi sebagai faktor yang menentukan pelaburan mereka," katanya dipetik laporan itu. Kebijaksanaan Agong selamatkan negara
Profesor Ekonomi Universiti Sunway Yeah Kim Leng pula berkata, ketidakpastian pasaran secara keseluruhan akan berterusan akibat pengisytiharan darurat.
"Mengambil langkah darurat tidak hanya menunjukkan krisis wabak di luar kawalan tetapi juga bantuan kepada kerajaan yang tidak stabil kerana mengelak atau menunda untuk menangani masalah dalam menegakkan kesahihannya melalui proses demokras,"kata Yeah
Pengkritik Muhyiddin mendakwa sebarang cubaan untuk mengisytiharkan darurat adalah tindakan terdesak untuk menangguhkan sidang parlimen yang akan datang pada 2 November, di tengah-tengah cabaran yang semakin meningkat terhadap pentadbiran Perikatan Nasional (PN).
Pengangguran pula akan kian parah
Dalam isu serupa, sebuah badan pemikir memberi amaran berhubung pengisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen.
Dalam satu kenyataan, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berkata, “Perintah darurat di seluruh negara akan hanya memburukkan lagi kesukaran yang dihadapi oleh pemilik perniagaan kecil, meningkatkan pengangguran dan mengancam pertumbuhan ekonomi.”
Ketua eksekutifnya Tricia Yeoh berkata, usaha mengisytiharkan darurat itu yang disusuli penggantungan Parlimen akan mengurangkan kebertanggungjawaban kerajaan dalam membuat keputusan, selain mengalihkan kuasa yang amat besar kepada eksekutif dan melemahkan lagi keabsahan kerajaan.
0 Comments