SEORANG pemandu jentera penggelek jalan maut dihempap kenderaan itu ketika melakukan kerja-kerja baik pulih jalan di Kampung Paya Ketiau, Padang Serai.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang semalam, mangsa, Mohd Riduan Mohd Ali, 33, dikatakan gagal mengawal jentera terbabit sehingga terbabas dan terjatuh ke dalam parit.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim dipetik laporan Sinar berkata, kejadian dikatakan berlaku secara tiba-tiba apabila kenderaan yang dipandu mangsa hilang kawalan dan jentera tersebut telah jatuh ke dalam parit serta menghempap mangsa.
"Mangsa tersepit dan rakannya telah menggunakan backhoe bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
"Namun mangsa dipercayai telah meninggal dunia selepas disahkan pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian," katanya di sini hari ini.

Backhoe digunakan untuk pengalihan |
Akibat kejadian itu, mangsa tersepit di bawah jentera sehingga terpaksa menggunakan jentera pengorek atau 'backhoe' untuk mengalihkannya.
0 Comments