Legenda rock, Eddie Van Halen meninggal dunia


LAGENDA
rock, Eddie Van Halen meninggal dunia akibat kanser, awal pagi tadi.

Berita sedih itu dikongsi anak gitaris berkenaan, Wolf Van Halen melalui Twittter seperti dilapor agensi berita antarabangsa AFP.

"Saya bagai tidak percaya menulis perkara ini, tetapi, ayah saya, Edward Lodewijk Van Halen tewas selepas lama bertarung melawan kanser," katanya dalam entri yang diiringi foto mendiang.

Lodewijk menyifatkan Van Halen sebagai ayah terbaik dengan setiap detik dihabiskan bersama mendiang di atas pentas dianggap hadiah tidak ternilai.

"Hati saya hancur dan saya tidak fikir mampu sembuh daripada kehilangan ini. Saya sangat cintakan kamu, Pop," katanya.
 
Sebagai rekod, Van Halen dilahirkan di Belanda dan dibesarkan di California, beliau mengasaskan kumpulan rock bersama adiknya, Alex pada era 1972 dan mengabadikan nama keluarga mereka dalam kumpulan itu.

Van Halen yang dianggap antara kumpulan berpengaruh Amerika Syarikat (AS), popular dengan rangkaian lagu hit seperti Jump, Panama, Runnin' with the Devil dan persembahan gitar solo, Eruption.

Van Halen berusia 65 tahun
Sejak mula aktif dalam dunia hiburan, Van Halen dilapor berjaya menjual lebuh 75 juta album dan mempunyai lagu popular tempat pertama terbanyak dalam carta lagu rock di Amerika Syarikat (AS).

Eddie Van Halen meninggalkan balu iaitu isteri keduanya, Janie Liszewski dan seorang anak lelaki.

Post a Comment

0 Comments