Kematian akibat Covid di M'sia lepasi angka 200


ANGKA jangkitan baru berkaitan Covid-19 hari ini kekal sebanyak 800 kes.

Dalam satu sidang media oleh Kementerian Kesihatan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 847 kes baru direkodkan dengan 842 daripadanya adalah penularan tempatan.

5 kes import berkenaan dilaporkan di Selangor membabitkan 4 kes dari India dan 1 kes dari Amerika Syarikat.
 
Dr Noor Hisham berkata, Sabah terus mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 578 kes, peningkatan itu seiring usaha lebih ramai petugas kesihatan yang digerakkan untuk menjalankan saringan di lapangan.

“Selain Sabah, Selangor turut mencatatkan kes ke-2 tertinggi iaitu 132 kes diikuti Negeri Sembilan (38) termasuk 33 pelajar tahfiz di Senawang, Labuan (29) dan Kuala Lumpur (23),” katanya pada sidang media hari ini.

Kematian setakat ini sebanyak 204 kes
Mengenai kes jangkitan yang pulang dari Sabah, beliau berkata, sebanyak 11 kes dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sept sebanyak 465 kes.

Sementara itu, jumlah kematian akibat wabak itu di negara ini telah melepasi angka 200 orang. 5 individu dilapor meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengahari tadi menjadikan jumlah keseluruhan ialah sebanyak 204 kes.

Sehingga kini, sebanyak 8,183 pesakit sedang dirawat menjadikan jumlah kumulatif kes positif setakat ini sebanyak 23,804 kes.

Sementara itu, sebanyak 90 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan manakala 486 kes pulih.

Post a Comment

0 Comments