Boleh selesai kemelut tanpa perlu PRU


KEMELUT
politik yang melanda negara boleh diselesaikan tanpa perlu merisikokan nyawa rakyat dengan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU), tegas Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood

Menjawab kebimbangan disuarakan sebahagian pihak yang bimbang PRU bakal diadakan ketika Malaysia masih berdepan ancaman COVID-19, Nik Ahmad berkata isu tersebut boleh diselesai secara rundingan atau menerusi usul di Dewan Rakyat.

"Kalau pertikaian politik ini tidak dapat diselesaikan secara politik, maka Perlembagaan telah menyediakan ruang yang luas. Misalnya untuk menyelesaikan di Dewan Rakyat itu sendiri dengan proses undi tidak percaya.

"Cuma proses undi tidak percaya ini memerlukan satu keputusan daripada pihak kerajaan atau menteri di pihak kerajaan kerana selalunya usul daripada ahli persendirian itu diletakkan di akhir urusan Dewan Rakyat.

"Katakan persidangan Dewan Rakyat ditetapkan dua minggu, makaurusan atau usul daripada ahli persendirian itu hanya dibenarkan dibentangkan apabila selesai semua urusan kerajaan," kata Pengamal Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dipetik laporan Awani.

Boleh selesai secara rundingan atau di Dewan
kap matang dalam mencapai kata sepakat.

Mengulas lanjut, Nik Ahmad Kamal berkata, undi tidak percaya boleh diawalkan sekiranya menteri yang bertanggungjawab terhadap urusan Parlimen membenarkan perkara tersebut.

Justeru, beliau berpandangan wakil rakyat perlu mengambil iktibar daripada peningkatan kes COVID-19 susulan daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada bulan lepas.

Sebagai rekod, seramai 16 Ahli Parlimen telah mengusulkan undi tidak percaya kepada Muhyiddin di Dewan Rakyat.

Selain 5 dari kem bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, kesemua 11 Ahli Parlimen dari Amanah juga dilapor telah memfailkan usul serupa bagi dibahaskan.

Keasbahan sokongan diperoleh Muhyiddin sekali lagi dipersoalkan, ia susulan kenyataan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang mendakwa telah mendapat sokongan 'kukuh' dikalangan Ahli Parlimen bagi mengambil semula mandat rakyat yang dirampas melalui 'Langkah Sheraton'.
 

Post a Comment

0 Comments