PERCUBAAN pentadbiran Muhyiddin Yassin untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi mengisytiharkan "darurat" bukanlah bertujuan mempermudah usaha memerangi Covid-19.
Senator Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mendakwa, tindakan itu dilihat sebagai talian hayat bagi politik Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpinnya.
"Motif utama Muhyiddin bukan untuk menyelamatkan rakyat dari Covid tetapi untuk talian hayat politiknya sendiri bagi meneruskan kerakusan untuk berkuasa seperti di tunjukan di Sabah dan terus menjadi perdana menteri," kata bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu dalam satu kenyataan.
Raja Kamarul mempersoalkan "apakah sandiwara Muhyiddin yang kononnya mahu menyelamatkan Malaysia melalui darurat, ini kerana jelasnya peningkatan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan sebagai berpunca dari pemimpin kegagalan kerajaan dan pemimpinnya sendiri.
"Yang mencadangkan (isytihar) darurat di mesyuarat kabinet dilaporkan adalah Azmin Ali yang bercita-cita tinggi menjadi perdana menteri selepas Muhyiddin. Yang menyokong cadangan tersebut adalah Takiyuddin dari PAS.
"Menteri dari PAS jugalah yang telah melanggar peraturan kuarantin Covid-19 selepas pulang dari Turki tanpa dikenakan hukuman sepatutnya.
"Jadi kalau peraturan biasa pun tidak diambil berat oleh Muhyiddin serta menteri, untuk apakah sebenarnya undang-undang darurat yang boleh merosakan ekonomi negara akan diadakan kalau tidak hanya untuk menyelamatkan kuasanya sebagai perdana menteri semata mata?
"...begitu ramai lagi tokoh negara bersependapat yang darurat ini tali hayat yang akan menyelamatkan Muhyiddin dan akan menjahanamkan ekonomi Malaysia yang sedang parah," katanya.
Sementara itu, Raja Kamarul turut mempersoalkan sejauh mana pentadbiran Muhyiddin dapat mendukung undang-undang sekiranya darurat diisytiharkan. Raja Kamarul nyatakan kebimbangan
Katanya beliau bimbang sekiranya undang-undang darurat kelak akan disalahgunakan untuk "menindas rakyat marhaen sementara menteri-menteri akan terus bermaharajalela dengan angkuh."
Ramai pengkritik berpendapat langkah Muhyiddin itu bertujuan mengelakkan kerajaan Perikatan Nasional yang dilihat 'rapuh' itu daripada tewas dalam undi Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Menteri Pertahanan, Mohd Sabu, Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menolak percubaan kabinet Muhyiddin meletak negara dalam status darurat.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen mengingatkan bahawa keputusan itu tidak boleh dibuat sewenangnya selain merupakan satu langkah kebelakang yang akan memungkinkan kediktatoran.
“Saya kecewa dan terkejut apabila perdana menteri (dengan sokongan kabinetnya) sedang meminta perkenan YDPA untuk mengisytiharkan darurat, dan dipercayai (untuk) meletakkan dirinya sebagai pentadbir kerajaan dalam darurat yang mempunyai kuasa yang besar,” kata Tengku Razaleigh pula.
0 Comments