Warisan nafi pikat ADUN PBS


PARTI Warisan Sabah (WARISAN) menafikan dakwaan setiausaha agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Jahid Jahim bahawa parti itu cuba memikat tujuh Adunnya untuk melompat parti.

Perkara itu dinyatakan Naib Presiden parti itu, Jaujan Sambakong ketika ditemui media di kediaman  bekas ketua menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal.

"Siapa yang cakap ini, dia yang cakap?. Saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini," kata Jaujan.

Jahid sebelum ini dilapor memberitahu portal berita Thevibes bahawa wakil rakyat PBS, termasuk dirinya dihubungi semalam untuk bekerjasama dengan Warisan Plus yang kini memiliki 32 Adun.

Bagaimanapun, Jahid menegaskan bahawa parti itu kekal dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang memenangi 38 kerusi dan mendakwa mendapat sokongan tiga Adun bebas lain.

Warisan nafi pikat ADUN supaya lompat
GRS terbentuk dari kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan PBS.

Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 kerusi dipertandingkan, Barisan Nasional (BN) menang di 14 kerusi manakala PBS pula 7 kerusi.

Bagaimanapun, Shafie ketika merakamkan penghargaan kepada pengundi semalam menegaskan bahawa partinya pemenang terbanyak kerusi dalam pilihan raya itu dengan membolot 29 kerusi dimenangi tidak termasuk 9 kerusi lain dimenangi sekutunya. 

Post a Comment

0 Comments