KETUA Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Hajiji Noor, mendakwa beliau mendapat sokongan sebulat suara sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru.
Dakwaan itu dibuat Hajiji dan dilapor media sebentar tadi dan turut dinyatakan Adun Karanaan, Masidi Manjun di Twitter hari ini.
"Hajiji Mohd Noor adalah ketua menteri baru Sabah. Dia dijangka mengangkat sumpah pagi esok," katanya.
Semalam, Hajiji dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah,Bung Moktar Radin menghadap Yang di-Pertua Negeri.
Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dijangka membuat pengumuman berhubung pelantikan Ketua Menteri baharu hari ini.
Pada Pilihan Raya Negeri yang diadakan pada Sabtu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang membabitkan PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) berjaya memenangi 38 kerusi.
Isu siapa calon Ketua Menteri jika gabungan itu menang menjadi perkara yang tidak diselesaikan sejak awal oleh gabungan itu.
Semalam Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendiriannya untuk memilih Bung Moktar Radin sebagai ketua menteri Sabah yang baru.
Jelas Zahid, tidak wajar bagi BN menyerahkan jawatan ketua menteri itu kepada Bersatu kerana gabungan itu telah mengorbankan jawatan perdana menteri dan menteri besar Perak.
“Kita telah bagi dua kali - satu di Perak, di mana Bersatu hanya ada empat Adun dan Umno ada 25.

![]() |
Zahid ulang pendirian BN jadi Ketua Menteri |
“Tetapi kita setuju Adun Bersatu (Ahmad Faizal Azumu) dilantik sebagai menteri besar Perak.
“Juga bila kita bentuk kerajaan persekutuan dengan Bersatu dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), meskipun parti Muhyiddin Yassin tidak mempunyai bilangan anggota parlimen yang ramai, kita setuju dia diangkat sebagai perdana menteri,” katanya seperti dipetik laporan The Star.

0 Comments