Quartararo kembali kuasai saingan MotoGP


PELUMBA
pasukan Petronas-Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo kini kembali mendahului saingan MotoGP musim ini.

Quantararo memenangi perlumbaan di litar Catalunya-Barcelona, Sepanyol, semalam yang menjadi kemenangan ketiganya musim ini.

Dengan kejayaan itu, Pelumba Perancis berusia 21 tahun itu berada di depan dengan kelebihan 108 mata mengatasi pelumba Sepanyol, Joan Mir dari pasukan Team Suzuki Ecstar yang memungut 100 mata.

Sementara pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales (94 mata) serta Andrea Dovizioso dari pasukan Team Ducati MotoGP (84 mata) masing-masing di tempat ketiga dan empat selepas lapan perlumbaan.

Quartararo memenangi dua perlumbaan pembukaan di Jerez tetapi gagal menaiki podium dalam lima perlumbaan berikutnya.

"Saya tidak membuat permulaan yang baik namun cuba melakukan pecutan di peringkat awal.

"Apabila saya berpeluang memintas pencabar lain dengan baik sehingga membolehkan kami mencapai kemenangan.

"Saya amat menderita bulan lalu, saya gagal menaiki podium sejak perlumbaan di Jerez, ia bukan sesuatu yang mudah apabila ia sering bermain di fikiran saya. Terima kasih kepada keluarga dan semua orang yang menyokong saya." kata Quartararo.

Quartararo kuasi perlumbaan
Rakan sepasukan Quartararo, Franco Morbidelli yang memulakan perlumbaan di petak pertama pula, terpaksa berpuas hati di tempat keempat (40 minit 36.022 saat) selepas dipintas di pusingan terakhir oleh kedua-dua pelumba Sepanyol itu.

Quartararo menampilkan persembahan cemerlang dengan memenangi perlumbaan dengan catatan masa 40 minit 33.176 saat.

Dua pelumba Sepanyol - Joan Mir dan Alex Rins dari pasukan Team Suzuki Ecstar, masing-masing di tempat kedua dan ketiga selepas ketinggalan 0.928 saat dan 1.898 saat di belakang, sekali gus menamatkan perlumbaan 24 pusingan itu di podium buat pertama kali untuk pasukan mereka, sejak GP San Marino di litar Misano World pada 2007.

Post a Comment

0 Comments