Terlepas maut, wanita cedera konkrit hempap kereta


SEORANG
  wanita nyaris maut apabila kereta dipandunya dhempap kepingan konkrit struktur pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) petang semalam.

Dalam kejadian berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menghala Ampang itu, mangsa cedera pada tangan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUM) untuk rawatan.

Kenderaan jenis Proton Saga BLM yang dihempap kepingan konkrit bersaiz satu meter persegi itu remuk teruk.

Mangsa yang terperangkap dalam kereta berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam yang berada di tempat kejadian.

“Mangsa berusia 25 tahun yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM itu, diselamatkan orang awam sebelum dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HUKM) dan sedang menerima rawatan di Zon Kuning,” kata Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Mokhsein Mohamed Zon.
 
Kejadian itu tidak membabitkan kenderaan lain, bagaimanapun menyebabkan gangguan lalu lintas sehingga ke Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Rosak teruk
Kerja mengalihkan kenderaan terbabit mengambil masa kira-kira dua jam sebelum satu lorong di laluan itu yang terjejas akibat kejadian, dapat dibuka semula.
 
Dalam perkembangan berkaitan, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd mengeluarkan arahan pemberhentian kerja di tapak projek pembinaan itu berkuat kuasa serta-merta.

Prolintas dalam kenyataan malam ini memaklumkan pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berwajib dalam melakukan siasatan terhadap kejadian yang berlaku.

Post a Comment

0 Comments