Syed Saddiq daftar parti Muda Malaysia


BEKAS
pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilapor telah memfailkan permohonan pendaftaran parti baharu dengan nama Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia).

Memetik laporan oleh Sinar, parti itu menurut Ahli Parlimen Muar itu bertulang belakangkan oleh 13 penaja.

"Struktur organisasi kita akan maklumkan kemudian.

"Tetapi kami mempunyai 13 penaja yang terdiri daripada pelbagai latar belakang," katanya ketika ditemui selepas selesai membuat permohonan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di Putrajaya.

Sebelum ini Syed Saddiq mengesahkan tidak menyertai Mahathir dalam Pejuang sebaliknya akan menubuhkan parti berasaskan orang muda berbilang kaum.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika dalam laporan yang mengulas idea bekas ketua pemuda Bersatu itu menyifatkan parti berasaskan orang muda tidak akan berjaya.

Keberadaan terlalu banyak parti jelas Dr Mahathir akan menyebabkan perpecahan.

Sementara itu, Syedd Saddiq menegaskan walaupun parti ditubuhkan itu dikenali sebagai Muda Malaysia, ia membuka keahlian kepada semua lapisan masyarakat dan pelbagai kaum.

"Muda Malaysia tidak boleh dilihat hanya pada faktor umur. Ia lebih kepada fahaman, ideologi, idealisme, dasar-dasar yang inklusif, itu yang paling penting," katanya.

Mengulas mengenai kelulusan pendaftaran Muda Malaysia, beliau berkata, ia terpulang kepada ROS.

Post a Comment

0 Comments