Shafie sampaikan penghargaan buat pengundi


PRESIDEN Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyampaikan rasa penghargaan kepada semua pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Menurutnya, keputusan pilihan raya semalam telah menunjukkan bahawa rakyat negeri itu menyokong Warisan.

Ia berdasarkan keputusan bahawa parti paling banyak memenangi kerusi.

"Pertama, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi negeri Sabah yang telah memberi sokongan yg begitu kuat kepada parti Warisan Plus.

"Kita dapat melihat bahawa dalam keputusan ini bahawa satu-satunya parti yang mendapat kemenangan begitu besar memperoleh kerusi ialah Parti Warisan iaitu dalam jumlah 29 kerusi yang telah kita menangi," katanya.

Sebagai rekod, selain 29 kerusi, Warisan bersama rakan sekutunya turut menang di 9 kerusi lain.

Sementara Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 kerusi dipertandingkan, Barisan Nasional (BN) menang di 14 kerusi manakala PBS pula 7 kerusi.

Mereka yang menggelar gabungan longgar mereka sebagai Gabungan Rakyat Sabah (GRS)  kemudian bergabung dengan 3 lagi calon bebas bagi membentuk kerajaan negeri yang baru.

sementara itu, Shafie menegaskan bahawa pihaknya akan cuba merealisasikan segala aspirasi pengundi.
 
Shafie rakam penghargaan
"Saya berharap ini merupakan satu penghargaan kepada semua rakyat yang telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk mereka dapat merealisasikan satu kumpulan ahli-ahli yang berhormat untuk membolehkan kita mewakili rakyat di peringkat negeri Sabah," tambahnya lagi.

Post a Comment

0 Comments