275 calon PRN hilang wang deposit


HAMPIR separuh daripada 447 calon yang bertanding pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hilang wang deposit.

Bernama dalam laporannya berkata, 275 calon gagal memperoleh 1/8 atau 12.5 peratus daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira yang menyebabkan mereka hilang wang pertaruhan itu.

Antara mereka yang hilang deposit ialah pertandingan 11 penjuru di DUN Bengkoka yang menyaksikan paling ramai calon hilang wang deposit apabila 8 calon memperoleh kurang daripada 1/8 daripada undian keseluruhan.

Calon yang hilang deposit ialah Jose Modsinupu (Parti Cinta Sabah (PCS)), Samuil Mopun (Parti Bersatu Sabah(PBS)), Sotijin Juhui (Parti Gagasan Rakyat Sabah(Gagasan)), Rita Cham (Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS)), Omar Jalun (Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno)) serta 3 calon Bebas iaitu Pransol Tiying, Mary E Dumpangol@Aminah Ambros, Akian Ah Kiew.

Manakala itu, 2 pemimpin utama Parti Liberal Demokratik (LDP) iaitu Presiden Kehormat Seumur Hidup LDP, Chong Kah Kiat dan Presidennya Chin Su Phin turut hilang deposit masing-masing di DUN Inanam dan Api-Api.

Seramai 172 calon lain kalah tetapi tidak hilang deposit.

PRN Sabah turut menyaksikan calon Warisan, Phoong Jin Zhe yang bertanding di DUN Luyang, memperoleh jumlah undi terbanyak iaitu 15,510 undi, 5 lagi pencabarnya kesemuanya hilang wang deposit.
 
275 calon hilang deposit
Manakala itu Rina Jainal, juga calon Warisan menang dengan majoriti paling kecil, iaitu mendahului hanya dengan 10 undi berbanding pencabar terdekatnya Chaya Sulaiman yang memperoleh 2,824 undi dalam pertandingan 7 penjuru di DUN Kukusan.

Lima lagi pesaing Rina turut hilang wang deposit.

Dalam pada itu, PRN semalam juga menyaksikan sejumlah 3,884 kertas undi tidak dikembalikan, manakala 14,056 undi ditolak daripada keseluruhan 749,083 atau 66.61% pemilih berdaftar yang keluar mengundi.

Post a Comment

0 Comments