GRS mengadap Tun Juhar petang ini, Shafie belum mengalah


GABUNGAN  Rakyat Sabah (GRS) dijadual mengadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin petang ini.

Perkara itu dimaklumkan  Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Annuar Musa seperti dilapor media.

Majlis mengadap itu antara lain bagi mengemukakan nama calon Ketua Menteri Sabah yang baru.

"Semua 41 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GRS Plus bertemu mesra buat pertama kali hari ini.

"Ketua parti dari UMNO, BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan PBS (Parti Bersatu Sabah) akan mengadap TYT (Yang di-Pertua Negeri) hari ini juga, insya-Allah," katanya menerusi Twitter hari ini.
 
GRS membentuk kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan mendapat 38 kerusi malam tadi menerusi Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 17 kerusi, BN 14 dan PBS tujuh kerusi.

Shafie belum mengalah
Mereka kemudian dilapor menjalin kerjasama bersama tiga lagi calon bebas.

Difahamkan beberapa mesyuarat berasingan dalam kalangan pemimpin PN dan BN sedang berlangsung di lokasi berbeza sekitar bandar ini sejak pagi tadi bagi menamakan calon bakal Ketua Menteri Sabah.

Sementara itu, Presiden Warisan,  Shafie Apdal dilihat masih belum menyerah kalah.

Menurutnya, walaupun GRS mendapat 37 kerusi untuk mendapat majoriti mudah, namun Warisan Plus menurutnya  merupakan “parti tunggal dengan kerusi paling banyak” di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kenyataan Shafie berkait parti tunggal dengan kerusi paling banyak tampak merujuk kepada amalan perlembagaan yang menyaksikan pemimpin parti terbesar dipilih sebagai pemimpin kerajaan.

Post a Comment

0 Comments