Pakar kesihatan gesa kuarantin individu di pusat Isolasi


SEORANG pakar kesihatan menggesa individu yang kembali dari kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dikuarantin di pusat isolasi.

Prof. Madya Dr Malina Osman daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM)   menegaskan bahawa langkah  membenarkan membenarkan individu terbabit melakukan kuarantin wajib di rumah hanya akan mengundang masalah.

Tegasnya, kerajaan perlu mengambil iktibar dari tindakan sebahagian individu yang gagal melakukan kuarantin sehingga menyebabkan penularan tempatan kembali berlaku.

“Satu langkah yang saya harap dapat dilaksanakan ialah supaya kuarantin wajib di pusat-pusat isolasi yang ditentukan, bukan kuarantin di rumah.

"Kita sudah melihat sebelum ini kuarantin di rumah gagal mengekang penularan wabak pada bulan Jun dan Julai.

“Terdapat individu yang mengambil mudah sehingga melanggar arahan untuk kuarantin wajib di rumah selama 14 hari.

“Justeru, saya harap perkara ini dapat dilakukan segera dan dipertimbangkan oleh pihak berwajib,” katanya dipetik laporan media tempatan.

Dr Malina mengulas mengenai arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyatakan individu yang pulang dari Sabah diwajibkan menjalani saringan dan diarahkan untuk menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).
K'jaan perlu ambil iktibar
Dalam masa yang sama, Dr Malina turut menggesa agar ujian saringan dan arahan kuarantin wajib turut dikenakan kepada mereka yang menaiki pesawat persendirian dari Sabah.

Ini kerana jelasnya, terdapat juga mereka yang pergi dan balik dari Sabah menggunakan pesawat persendirian dan dibimbangi akan terlepas pandang akan SOP yang dikenakan.

Post a Comment

0 Comments