SEMUA calon yang akan ditengah Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pada Pilihan Raya Negeri Sabah akhir September ini bakal dipilih berdasarkan integriti mereka.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan Jentera Pilihan Raya KEADILAN Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu malam tadi berkata, pihaknya mahu memastikan calon diketengahkan mempunyai komitmen tinggi untuk berkhidmat kepada rakyat yang diwakili mereka.
Tambahnya. calon yang bakal diketengahkan harus mempunyai komitmen untuk membela nasib rakyat tanpa mengira latar belakang kaum, bangsa atau agama.
"Tanggungjawab kita (adalah) memilih calon-calon berwibawa dan berintegriti untuk membela nasib rakyat.
"Sebaik sahaja kita pilih, kita harus bekerja dengan kuat sebagai satu pasukan.
“Kalau pilih orang yang tiada komitmen, sama sahaja. Isunya bukan suku kaum mana, isunya bukan dari mana tetapi mampukah kita latih orang yang punya integriti," kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.
Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Majlis Pimpinan Sabah Christina Liew.
Sementara itu, Anwar berkata dia secara dasarnya bersetuju memberikan lebih banyak kebebasan diberikan untuk KEADILAN Sabah memilih calon.
0 Comments