KEPUTUSAN pada Pilihan Raya Negeri (SABAH) Sabtu lalu tidak akan mempengaruhi Muhyiddin Yassin mengadakan pilihan raya umum (PRU) baru, kata penganalisis politik.
Prof Dr Azmi Hassan yang dipetik laporan FMT berkata, walaupun partinya dan sekutu memperoleh majoriti tipis pada PRN itu, namun Muhyiddin mungkin akan mengukuhkan kedudukan parti Bersatu dipimpinnya di seluruh negara.
“Kita hanya boleh jangka PRU diadakan sekiranya pasukan Muhyiddin menang majoriti lebih 40 kerusi,” kata menurut laporan itu.
Sabtu lalu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang disertai Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional dan parti Bersatu Sabah (PBS) meraih majoriti tipis 2 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila memenangi 38 kerusi DUN.
Warisan Plus berjaya mempertahankan 32 kerusi, sementara calon Bebas menang 3 kerusi.
Sementara itu, Tony Paridi Bagang dari UiTM Sabah turut beranggapan yang sama.
Memetik laporan serupa, Tony menjelaskan Muhyiddin mungkin akan menangguhkan PRU untuk mengukuhkan kedudukan PPBM di Semenanjung bagi membolehkan mereka mengatur strategi untuk mendapatkan lebih banyak kerusi untuk dipertandingkan pada PRU akan datang.

![]() |
Muhyiddin akan kukuhkan Bersatu |
“Beliau boleh memberi tekanan kepada gabungan PN supaya mengikut tuntutan Umno.”
Untuk rekod, PN hanya memenangi 11 kerusi berbanding BN yang menang 14 kerusi DUN. sementara Warisan muncul sebagai parti tunggal yang berjaya memenangi kerusi terbanyak dengan 29 kerusi DUN.
0 Comments